Popular Posts

Tuesday, 26 July 2011

Sweet Memories at Cameron Highlands

Wow..indahnya permandangan di Cameron Highlands. Sukar untuk digambarkan kepada yang tidak menikmatinya di hadapan mata. Bagai terpukau sejenak dengan kekuasaan ALLAH swt. Kelihatan peserta yang mengikuti lawatan kali ini, seakan berbisik sesama sendiri mensyukuri tentang peluang yang mereka perolehi apabila menjejakkan kaki di bumi yang dingin ini.


Walaupun tiba di Cameron Highlands ketika matahari tegak di atas kepala, namun kabus masih melitupi sebahagian pekan ala koboi di situ. Lihat sahaja gelagat peserta yang seolah-olah berada di luar negara.




Peluang bergambar tidak dilepaskan oleh peserta, ketika berada di setiap persinggahan sperti di Taman Rama-rama, Ladang Strawberry, Ladang teh dan sebagainya.


bukan mengimbau kisah silam


Flora dan fauna hidup subur dengan cuaca yang dingin. Kesempatan ini diambil oleh peserta untuk menikmati dan ada ketika tangan sempat untuk menyentuhnya.

Ermmmm....sejuk ye.


Kepada yang ingin mengikuti lawatan seperti ini, anda boleh menghubungi Team Editor Kelab Sukan & Rekreasi PTPL Seremban. Harga berpatutan disediakan. Murah lagi jimat.


Monday, 25 July 2011

Sehari d'Homestay Lonek, Pilah


Kemeriahan disambut bagai pengantin dengan diiringi bunga manggar dan dayang-dayang istana, menjadikan kenangan d'Homestay Lonek sukar dilupakan.


Kehijauan padi subur yang meliuk lintuk dibelai angin pagi, menambahkan lagi keterujaan kami untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur Homestay Lonek. Homestay yang kerap dikunjungi oleh pelawat dari luar yang ingin merasai suasana menuai padi atau mengetam, akan menjadikan kunjungan ini sesuatu yang unik. Bukan sahaja pelawat dari dalam negara malah dari Eropah, Asia Timur dan Barat turut mengaguminya.







Aktiviti menangkap atau menggagau keli di dalam lumpur 'mengocah keli' menjadi aktiviti paling menarik.







Sunday, 24 July 2011

Langkawi - Indahnya Panorama

Puncak Mat Cincang - Kereta Kabel

Ketinggian kadangkala mematikan impian seseorang untuk menikmati panorama tanah tinggi. Apatah lagi berada di puncak  di dalam kereta kabel yang hanya bergantung kepada seutas tali (kabel). Gayat. Namun keindahan kejadian ALLAH SWT menukar segala ketakutan menjadi satu kenangan apabila dapat berada tinggi seperti burung walaupun tidak bebas terbang di udara.

Indahnya...

Memori diimbau kembali, cinta bertaut lagi, sepi mengorak langkah lalu membiarkan ceria memicu jendela hati...

Tiada Noktah Lagi

Semusim Kenangan

Berikan Ku Harapan

Bukan Kepastian

Anganku Berlarutan

Langkawi merupakan pulau peranginan yang dinyatakan antara pulau terbaik di dunia untuk dilawati. Keunikan alam flora fauna, membangkitkan naluri sayang pada alam. Laut yang terbentang luas membiru dengan angin bayu yang seakan membelai manja, mengamit perasaan untuk terus menghirup udara segar Pulau Langkawi. Dua hari berada di Pulau Langkawi seakan terlalu pantas berlalu.








Saturday, 23 July 2011

Trip ke Pulau Pangkor

Antara peserta ke Pulau Pangkor

Hanya RM90 untuk ke Pangkor? Menarik...Apapun itu yang kami mahu daripada bukan sekadar menyertai tetapi anda seronok ketika bersama semua peserta melakukan aktiviti berkumpulan. Apalagi kalau bukan SNORKELING...huhu.....




CeRiA !!!!

Semangat mereka untuk sampai ke Pulau Pangkor, membayangkan pengalaman ini amat menarik.





Team Editor Di Pulau Pangkor

Ketika sampai di jeti Pangkor

Memenatkan. Itu kata-kata yang terpacul dari mulut peserta. Namun setelah tiba di jeti Pangkor perasaan itu mula hilang. Kebiruan air laut yang menyambut team editor Kelab Sukan & Rekreasi PTPL Seremban seolah-olah menggamit pantas untuk mereka menyentuhnya.
wOw! Fantastik di Pangkor

Snorkeling menjadi aktiviti wajib team editor, kerana seolah-olah berada di dalam satu akuarium yang besar dan dikelilingi oleh ikan yang berwarna-warni. Tidak perlu pergi jauh Pulau Pangkor menjanjikan panorama dan kehidupan marin yang sungguh menakjubkan. PERCAYALAH....