Popular Posts

Saturday, 23 July 2011

Ceria Santai Di Awal Perkenalan

     Salam perkenalan dalam wacana penggempur adrenalin jiwa-jiwa kental dan agresif. Sudut ini akan membuka ruang untuk mereka yang dahagakan aktiviti lasak yang bakal mengalirkan peluh-peluh kepuasan.
      Jangan tunggu lagi, berpadu tenaga dan minda serta kumpulkan keringat untuk kita kembali memperjuangkan semangat kesukanan dan bersama kita beriadah untuk minda cergas dan fizikal yang mantap.
     Kini anda tidak perlu bimbang atau risau ke mana untuk melibatkan diri mengisi ruang-ruang kosong hari anda. Kami di sini menanti anda menjadi sebahagian daripada Kelab Sukan & Rekreasi PTPL Seremban. Apalagi yang anda tunggu, pantas dan cergas itu laungan dari meja editor kami. Cepat sertai kami dan kita mulakan semangat baru demi kecemerlangan sukan dan aktiviti rekreasi Kolej PTPL Seremban.

No comments:

Post a Comment