Kemeriahan disambut bagai pengantin dengan diiringi bunga manggar dan dayang-dayang istana, menjadikan kenangan d'Homestay Lonek sukar dilupakan.
Kehijauan padi subur yang meliuk lintuk dibelai angin pagi, menambahkan lagi keterujaan kami untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur Homestay Lonek. Homestay yang kerap dikunjungi oleh pelawat dari luar yang ingin merasai suasana menuai padi atau mengetam, akan menjadikan kunjungan ini sesuatu yang unik. Bukan sahaja pelawat dari dalam negara malah dari Eropah, Asia Timur dan Barat turut mengaguminya.
Aktiviti menangkap atau menggagau keli di dalam lumpur 'mengocah keli' menjadi aktiviti paling menarik.
No comments:
Post a Comment