Popular Posts

Saturday, 23 July 2011

Kebaya Queen PTPL 2011



Terjawab sudah segala debaran dan teka-teki, Ratu Kebaya PTPL Seremban 2011 yang pertama kali dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi PTPL Seremban baru-baru ini. Diadakan di Dewan Pelajar PTPL Seremban pada 16 Julai lalu, ternyata memberi harapan besar kepada peserta untuk terus yakin menggilap bakat yang ada ke peringkat lebih tinggi lagi.
 


          Nasib ternyata berpihak kepada pelajar tinggi lampai Nur Farhana apabila dinobatkan sebagai Ratu Kebaya di dalam pertandingan 'Kebaya Queen 2011'. Pengalaman sebagai model sambilan memberi kelebihan kepada Farhana terutama ketika melakukan 'catwalk' dan menjawab soalan juri.
 

           Namun saingan daripada peserta lain nampak seimbang kerana ada diantara peserta yang mempunyai  ketinggian hampir 5'10" turut berentap merebut kejuaraan ini. Bagi pemilik peserta yang mempunyai ketinggian 5'7" ini kemenangan kali ini lebih bermakna kerana ia menebus kehampaan ketika menyertai PTPL Idol sebelumnya.
 



         Segala usahanya kini berbaloi dan berharap aktiviti ini dapat disertai oleh lebih ramai pelajar kerana ianya dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk semangat bersaing secara sihat.



No comments:

Post a Comment