Popular Posts

Tuesday, 26 July 2011

Sweet Memories at Cameron Highlands

Wow..indahnya permandangan di Cameron Highlands. Sukar untuk digambarkan kepada yang tidak menikmatinya di hadapan mata. Bagai terpukau sejenak dengan kekuasaan ALLAH swt. Kelihatan peserta yang mengikuti lawatan kali ini, seakan berbisik sesama sendiri mensyukuri tentang peluang yang mereka perolehi apabila menjejakkan kaki di bumi yang dingin ini.


Walaupun tiba di Cameron Highlands ketika matahari tegak di atas kepala, namun kabus masih melitupi sebahagian pekan ala koboi di situ. Lihat sahaja gelagat peserta yang seolah-olah berada di luar negara.




Peluang bergambar tidak dilepaskan oleh peserta, ketika berada di setiap persinggahan sperti di Taman Rama-rama, Ladang Strawberry, Ladang teh dan sebagainya.


bukan mengimbau kisah silam


Flora dan fauna hidup subur dengan cuaca yang dingin. Kesempatan ini diambil oleh peserta untuk menikmati dan ada ketika tangan sempat untuk menyentuhnya.

Ermmmm....sejuk ye.


Kepada yang ingin mengikuti lawatan seperti ini, anda boleh menghubungi Team Editor Kelab Sukan & Rekreasi PTPL Seremban. Harga berpatutan disediakan. Murah lagi jimat.


No comments:

Post a Comment