Mungkin ada yang sudah lupa...tapi kenangan mula menggamit tatkala menatap gambar ini. Lihat saja kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Bak kata pepatah 'jauh perjalanan.....luas permandangan'. Lawatan ke Terengganu hinggap kembali di minda. Oh...indahnya suasana di sana...
Yang masih rindu, kirimkanlah berita. Ikatan tetap akan bersambung jika kenangan di Terengganu tersimpan rapi. Apatah lagi bersama warga Pasar Kepayang melayan pelanggan sambil membuat jualan. Keakraban terjalin walaupun kini ada diantara mereka berjauhan membawa haluan masing-masing mencari kehidupan bahagia.
menghiburkan!!! bagi yang pertama kali singgah di Terengganu, banyak tempat untuk di lawati. Pelbagai makanan untuk dirasai. Angin bayu menyapa pipi tika singgah di perairan pantai yang bersih. Seakan pantai itu menggamit lagi untuk dilawati.

No comments:
Post a Comment