Popular Posts

Saturday, 23 July 2011

Matang Mangrove & Labu Sayong Kuala Kangsar

Puas mencari lokasi, akhirnya kami sampai juga ke tempat membuat Labu Sayong Kuala Kangsar. Sebenarnya tidak sukar untuk menemukan kilang labu sayong ini, kerana sepanjang jalan di Kampung Labu Sayong anda boleh melihat deretan kedai-kedai yang mempamerkan labu sayong keluaran buatan tangan mereka.
Mengikut pemilik kedai labu sayong ini, terdapat pelbagai cara untuk membuat labu sayong. Kaedah tradisional atau manual masih terus menjadi teras kepada pembuatan labu sayong yang berkualiti. Teknik menyejukkan seperti menanam ke dalam sekam padi selepas dibakar atau disejukkan secara biasa akan menghasilkan ciri-ciri labu sayong yang beraneka warna.

Sempat bergambar sebelum membeli labu sayong sebagai cenderahati.


1 comment:

  1. heheheehheehehehhe best ke tmpat ni encik??? hahahaahahah ~~~ :)

    ReplyDelete